Saturday, January 19, 2013

Bagaimana susu ibu dihasilkan?

Salam
Untuk entri pertama saya .mari kita bincangkan bagaimana susu ibu dihasilkan.Seperti semua kita tahu susu ibu adalah makanan yang terbaik dan paling sesuai untuk bayi  yang baru dilahirkan.Pernah dengar,"Susu ibu untuk anak ibu , susu lembu untuk anak lembu".Untuk itu jomlah kita susui anak sendiri dengan susu sendiri.

Bagaimana susu ibu dihasilkan?


Terdapat dua jenis hormon yang mempengaruhi penghasilan dan  pengeluaran susu iaitu hormon prolactin dan oksitocin.
    Peranan 2 jenis hormon ini
    Hormon Prolactin- menghasilkan susu
    Hormon Oksitocin - merangsang pengecutan.

Semasa proses bersalin hormon oksitocin sangat penting untuk pengecutan rahim. Kehadiran hormon ini semasa proses bersalin menyebabkan rahim mengecut dan menghasilkan kontraksi dan rasa sakit bersalin yang membantu menolak bayi keluar untuk dilahirkan. Selepas kelahiran kehadiran hormon ini berkurangan kerana pencetus kehadirannya iaitu placenta telah tiada..

Bagaimana menghasilkan hormon ini ?
Rangsangan daripada hisapan  bayi semasa menyusu adalah punca  yang dapat menghasilkan lebih  banyak kedua-dua jenis hormon  ini.

Hormon Prolactin
Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus).  Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.
Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Hormon Oksitocin
Hisapan bayi pada areola payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.
Dan kebaikan hormon ini ia juga membantu dalam pengecutan rahim ibu selepas bersalin.

Kesimpulanya untuk hasil susu yang banyak, ibu digalakan menyusu dengan susu ibu sebanyak mana yang bayi kehendaki dan bila saja ia perlukan.

Terima kasih, anda dipersilakan untuk mengemukakan masalah yang dihadapi semasa menyusu untuk sma-sama kita bincangkan.
"Sharing is caring"
Babai.